KELEBIHAN dari segi konsep lagu, susunan muzik dan melodi telah mengangkat lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong berjudul ‘Haram’ untuk dijulang sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-33 (AJL33) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur Ahad lalu. Dinyanyikan oleh Hael dan rakan duetnya, Dayang Nurfaizah, Azmeer selaku Ketua Juri AJL33 menegaskan, lagu berkenaan menang dari segi kualiti dan layak diangkat sebagai juara, sementelah barisan juri juga mahukan…










