HOBART, Australia – Seekor ular kepala tembaga ditemui sepasang pelancong dengan kepalanya tersangkut dalam tin minuman di pesisir Pantai Seven Mile, pulau Tasmania baru-baru ini. Pasangan itu kemudian menghubungi pakar reptilia tempatan, Chris Daly untuk menyelamatkan ular tersebut yang dipercayai tersangkut ketika cuba mencari air. “Ular itu tidak cedera dan saya cuma perlu berikan sedikit air sebelum mencari tempat sesuai untuk melepaskannya,” kata Daly kepada akhbar The Mercury. Tambahnya, cuaca…










