Kepa masih No. 1 di Chelsea- Sarri - Utusan Malaysia

Kepa masih No. 1 di Chelsea- Sarri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 28 Feb. – Maurizio Sarri menegaskan Kepa Arrizabalaga masih penjaga gol No. 1 Chelsea walaupun dia digugurkan ketika The Blues melakar kemenangan 2-0 ke atas Tottenham dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.

Sarri tidak menyenarikan Kepa ekoran keengganan dia digantikan ketika aksi final Piala Liga menentang Manchester City di Wembley, Ahad lalu.

Ekoran daripada tindakannya itu, Kepa telah didenda seminggu gajinya dan ketika ditanya pemain dari Sepanyol itu masih penjaga gol No. 1 The Blues, Sarri berkata;’ Sudah tentu. Saya fikir ini adalah keputusan yang tepat. Kepa membuat kesilapan besar. Dia terpaksa membayar harga mahal kepada kelab dan pasukannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“(Willy) Caballero penjaga gol yang bagus dengan pengalaman yang dimiliknya, dia sangat berkeyakinan ketika beraksi di atas padang serta dalam bilik persalinan.

“Bagaimanapun, saya fikir kami perlu berhenti. Bermula dari semalam dia akan bersama kami. Saya tidak tahu jika dia akan bermain untuk perlawanan yang seterusnya,” katanya.

Selepas ini, Chelsea akan menentang Fulham kemudiannya Dynamo Kiev dalam aksi Liga Europa.

Sarri tidak memberitahu perlawanan mana Kepa akan beraksi, bermakna penjaga gol paling mahal di dunia itu perlu tunggu jika dia masih menjadi pilihan utama atau sebaliknya dengan aksi bukan liga yang semakin terhad. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini