PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan menafikan memberi kelulusan kos tajaan lawatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan beberapa pegawai tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Turki. Menterinya, Lim Guan Eng berkata, lawatan itu sebaliknya mendapat dana daripada syarikat nombor ramalan dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah Totalisator Malaysia. “Ini tidak diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Ia diluluskan oleh Lembaga Pengarah Totalisator Malaysia. “Sumber kewangan datang daripada sebuah syarikat ramalan nombor. Ia…