KUBANG PASU 3 Feb. – Ibu bapa kepada kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Allahyarham Norwahidah Abdul Hamid, 28, yang maut dalam kebakaran di Sepang, Selangor pada 28 Januari lalu layak menerima faedah caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Ini kerana, anak sulung kepada pasangan Abdul Hamid Yunus, 57, dan Zaiton Ismail, 57, itu pernah bekerja sambilan di sebuah pasar raya besar di Lembah Klang dan mencarum di Perkeso. Timbalan Menteri Sumber…










