UKHWAH. Seramai 850 ahli keluarga Haji Kasan Rejo berhimpun sempena Program Guyupan Keluarga Embah Haji Kasan Rejo di Kampung Panchang Bedena, Sabak Bernam, baru-baru ini.
Wakil keluarga, Sallehuddin Mohd. Iskan berkata, pertemuan itu bertujuan memupuk semangat kekeluargaan di samping mengetahui susur galur keturunan keluarga berkenaan.
Katanya, sebagai simbolik pertemuan, setiap ahli keluarga dikehendaki membawa makanan bertemakan etnik Jawa.
“Antara menu makanan Jawa yang dihidangkan seperti tiwol (tepung ubi), lemang bakar dan pelbagai jenis makanan Jawa lagi.
“Kita juga telah sepakat untuk menjadikan pertemuan keluarga itu sebagai aktiviti tahunan bagi mengekal ukhwah,”ujarnya.










