Kekalkan subsidi pengiring haji - Utusan Malaysia

Kekalkan subsidi pengiring haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Feb. – Lembaga Tabung Haji (Ta­bung Haji) digesa me­ngekalkan subsidi kepada pengiring jemaah haji serta kes rayuan yang berjaya se­perti tahun-tahun lalu.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, sekiranya benar dakwaan yang mula tersebar sejak semalam itu menjadi kenyataan, maka kerajaan Pakatan Harapan (PH) jelas mengkhianati umat Islam di negara ini.

NORAINI AHMAD
NORAINI AHMAD

Tegasnya, tindakan itu juga mencerminkan dasar dan pendekatan kerajaan PH yang mula menekan umat Islam khususnya mereka yang kurang berkemampuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tabung Haji adalah institusi yang sepatutnya membantu untuk memudahkan ma­syarakat Islam daripada pelbagai lapisan kewangan untuk menunaikan Rukun Islam kelima iaitu menunaikan haji.

“Dengan membatalkan subsidi itu, hasrat ramai umat Islam khususnya yang ku­rang berkemampuan untuk menunaikan haji akan hancur, lebih-lebih lagi mereka menabung berpuluh tahun untuk melunaskan bayaran penuh sebanyak RM22,900 (tanpa subsidi),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Presiden Ang­katan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Ab. Rahim berkata, kos penuh yang perlu dibayar oleh pengiring dilihat agak membebankan memandangkan agak sukar jemaah haji warga emas uzur untuk pergi tanpa pengiring.

“Tabung Haji perlu kaji dan teliti semula isu subsidi ini ke­rana masalah dihadapi jemaah haji yang memerlukan pengi­ring adalah sesuatu tidak dapat dielakkan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan pula berkata, Tabung Haji tidak sepatutnya menukar ketetapan berkenaan subsidi itu secara tiba-tiba tanpa memberitahu lebih awal kepada pendeposit.

“Perkara ini bukan main-main. Sepatutnya dibuat secara berperingkat atau umumkan dulu sekarang manakala pelaksanaannya tunggu lagi tiga hingga lima tahun.

“Apabila perkara ini tiba-tiba dilaksana tanpa pengetahuan pendeposit, menimbulkan pa­nik dalam kalangan mereka. RM22,900 itu satu jumlah wang yang banyak. Bukan semua orang berkemampuan untuk peroleh dalam masa singkat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN