LUMUT 2 Feb. – Kedah membuka tirai saingan Liga Super musim ini dengan tiga mata apabila mengalahkan PKNP FC 2-0 dalam perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) di sini hari ini. Terikat tanpa jaringan pada babak pertama, Kedah memanfaatkan peluang pada babak kedua apabila menjaringkan dua gol. Pemain pertahanan Kedah, Muhammad Shakir Hamzah meletakkan pasukan pelawat mendahului pada minit ke-66 apabila menyepak bola leret ke gawang PKNP FC selepas…










