Kebakaran Gunung Baling semakin merebak - Utusan Malaysia

Kebakaran Gunung Baling semakin merebak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Keadaan angin kencang menyebabkan keluasan kawasan kebakaran di Gunung Baling merebak dari 2.4 hektar pada awal hari ini, kepada lebih 2.8 hektar lewat petang ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Mohd Jamil Mat Daud berkata, operasi memadam dan mengawal api yang bermula seawal pukul 8 pagi tadi dihentikan sementara pada pukul 5.30 petang tadi dan akan disambung semula pagi esok.

“Kebakaran yang bermula sejak petang semalam itu merebak, bagaimanapun kita berjaya mengawal api daripada terus merebak ke kawasan lebih luas dan kebakaran di laluan pendakian juga sudah berjaya dipadamkan.

“Pagi esok kita akan gunakan helikopter untuk bantu proses memadamkan api,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, seramai 14 anggota bomba yang turut dibantu lebih 50 anggota daripada pelbagai agensi penguatkuasa termasuk malim gunung terlibat dalam proses memadam api hari ini.

Katanya, punca kebakaran masih belum diketahui, namun pihak bomba tidak menolak kemungkinan ia disebabkan oleh aktiviti pendakian. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN