ALOR SETAR – Keadaan angin kencang menyebabkan keluasan kawasan kebakaran di Gunung Baling merebak dari 2.4 hektar pada awal hari ini, kepada lebih 2.8 hektar lewat petang ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Mohd Jamil Mat Daud berkata, operasi memadam dan mengawal api yang bermula seawal pukul 8 pagi tadi dihentikan sementara pada pukul 5.30 petang tadi dan akan disambung semula pagi esok. “Kebakaran yang bermula sejak petang semalam itu…










