Kebakaran feri: PM saran langkah keselamatan, penyelenggaraan dipertingkatkan - Utusan Malaysia

Kebakaran feri: PM saran langkah keselamatan, penyelenggaraan dipertingkatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Feb. – Tun Dr. Mahathir Mohamad menyarankan agar langkah-langkah keselamatan dan penyelenggaraan feri dapat dipertingkatkan susulan insiden kebakaran feri di Langkawi semalam.

Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat dan orang awam yang membantu menyelamatkan mangsa.

“Saya menerima laporan awal mengenai kejadian kemalangan ini. Saya sarankan langkah-langkah keselamatan dan penyelenggaraan dapat dipertingkat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita bersyukur tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Terima kasih kepada pasukan penyelamat dan orang awam yang turut membantu,” katanya dalam laman Twitter beliau hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 petang semalam, feri Dragon Star 1 yang membawa 59 penumpang termasuk krew, dari Terminal Feri Kuah menuju ke Kuala Perlis itu terbakar pada jarak tiga kilometer dari pantai selepas bertolak kira-kira lima minit.

Walau bagaimanapun, kesemua mereka dilaporkan sempat diselamatkan selepas beberapa buah bot nelayan dan bot pelancong berdekatan menyedari insiden tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini