PERPADUAN, elemen pemupukan muhibah dan harmoni dalam kehidupan itu sudah semacam tidak dipentingkan lagi. Provokasi berunsur fitnah, kata mengata, prejudis, cemuh mencemuh semakin dipertuturkan atau dicatatkan secara terbuka, baik di pentas politik mahupun dalam media sosial. Seolah-olah tidak ada lagi segan silu ‘menjentik emosi’ dan sensitiviti melalui media sosial meskipun disedari, mereka sedang berinteraksi dalam kumpulan WhatsApp yang di dalamnya terdapat rakan taulan terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan latar…










