‘Terengganu – Land of cyclist’. Nama julukan itu bukan lagi pelik bagi mereka yang mengenali atau mencintai sukan kayuhan yang mengaitkan basikal dengan Terengganu, sebaliknya kedua-duanya begitu sinonim. Tidak keterlaluan jika dikatakan Terengganu dan berbasikal berpisah tiada. Sebagai bukti sejak dahulu lagi Terengganu terkenal dengan aktiviti berbasikal tanpa mengenal peringkat usia. Oleh itu, tidak hairanlah negeri ini melahirkan bintang serta jaguh basikal negara bertaraf dunia. Nama-nama besar seperti Azizulhasni Awang…










