KUALA LUMPUR 1 Feb. – Kaunter bergerak EZ-Pay Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan dibuka di beberapa lokasi bagi memudahkan orang ramai membuat pembayaran cukai dan kompaun sepanjang Februari ini.
Kenyataan yang dipetik melalui laman web rasmi MBPJ memaklumkan, lokasi kaunter bergerak akan ditempatkan di SD 2/1G Sri Damansara, (1 Februari – 4 Februari), Taman Megah, SS24 (7 Februari – 13 Februari), SD 12/1, Sri Damansara (14 Februari – 21 Februari) dan PJU 10, Damansara Damai (22 Februari – 28 Februari).
Bagaimanapun, kaunter Ez-Pay akan ditutup pada 5 dan 6 Februari sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.
Pembukaan kaunter antara pukul 10 pagi dan 3 petang sepanjang bulan ini bertujuan memudahkan orang ramai untuk berurusan dengan MBPJ.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi MBPJ di talian 03-79563544 sambungan 101/103/104/106/109 atau layari Facebook @petalingjayacitycouncil. – UTUSAN ONLINE











