KUALA LUMPUR 9 Feb. – Orang ramai dijemput memeriahkan Karnival Komuniti

sempena pelancaran Dasar Komuniti Negara anjuran Majlis Perbandaran
Subang Jaya (MPSJ) di Padang Awam Puchong Indah dekat sini pada 17
Februari ini.
Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ,
Azfarizal Abdul Rashid memberitahu, program yang bermula dari pukul 8
pagi hingga 6 petang itu menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti
kayuhan Jom Sihat dan Lestari MPSJ, pertandingan tarik tali, aktiviti
senamrobik dan sebagainya.
“Turut diadakan pertandingan karaoke, bola sepak dan aktiviti melukis
untuk kanak-kanak, aktiviti sukan rakyat dan penampilan badut,” katanya
dalam kenyataan di sini hari ini.
Sebarang pertanyaan berhubung program itu boleh diperolehi dari laman web
MPSJ, www. mpsj. gov.my.- UTUSAN ONLINE










