SHAH ALAM – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terselamat selepas terjatuh dari beranda dapur tingkat satu kediamannya di kuarters perumahan polis, Seksyen 20 di sini petang semalam.
Dalam kejadian pukul 2 petang itu, Amar Safwan Shahro Azwan patah dua jari kaki kanannya selepas menerima rawatan di Hospital Shah Alam (HSA).
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kejadian dikatakan berlaku apabila bapa mangsa, Shahro Azwan Husin berpangkat koperal pergi membuang sampah.
Katanya, Shahro merupakan anggota mekanik di cawangan kenderaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.
“Mangsa dikatakan telah terjatuh dari beranda dapur di tingkat satu rumah mereka sebelum dikejarkan ke HSA bagi menerima rawatan.
“Setakat ini,kecederaan yang dilaporkan adalah patah dua jari kaki kanannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi. – K! ONLINE










