Kanak-kanak pangku adik ke sekolah runtun hati netizen - Utusan Malaysia

Kanak-kanak pangku adik ke sekolah runtun hati netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MINGGU lalu, media sosial dikejutkan dengan beberapa keping foto yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun datang ke sekolah sambil memangku adiknya.

Mateo Bano dari pedalaman Filipina dilaporkan sudah kematian ibu dan kini mengambil alih tugas mendiang ibunya untuk menjaga adiknya yang baru berusia tiga tahun.

Bano yang tidak mahu ketinggalan dalam pelajaran sanggup hadir ke sekolah dan memangku adiknya di riba.

Pihak pengurusan sekolah memahami beban yang ditanggung kanak-kanak lelaki itu dan tidak kisah apabila Bano terpaksa untuk membawa adik lelakinya ke sekolah.

Netizen yang bersimpati dengan kisah dan nasib Bano kemudiannya datang ke rumah daif kanak-kanak itu dan menghulurkan bantuan.

Netizen di media sosial rata-ratanya bersimpati dengan beban yang ditanggung Bano biarpun baru berusia sembilan tahun dan mendoakan agar dia diberi kekuatan untuk terus belajar sambil menjaga adiknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN