Kanak-kanak bising waktu solat Jumaat - Utusan Malaysia

Kanak-kanak bising waktu solat Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
SAYA
menggesa Ahli Jawatankuasa Surau Al-Falah Pandan Jaya, Ampang Jaya, Selangor supaya mengambil tindakan tegas terhadap sekumpulan kanak-kanak sekolah rendah yang kerap membuat bising ketika solat Jumaat. Sudah lama saya perhatikan perbuatan kanak-kanak seramai enam hingga sembilan orang itu yang duduk berkumpul dekat tangga pintu utama surau terbabit tanpa sebarang tindakan daripada ahli jawatankuasa surau berkenaan. Kanak-kanak itu bercakap kuat, ketawa dan bergurau senda sesama mereka bermula dari azan pertama, waktu khatib membaca khutbah sehinggalah solat Jumaat. Adakalanya saya perhatikan mereka melontar makanan serta menyembur air mineral dari dalam botol plastik sesama mereka tanpa menghiraukan khatib sedang membaca khutbah.

Apakah kelakuan mereka mencerminkan watak biadab kanak-kanak zaman sekarang yang tidak diajar oleh ibu bapa mereka mahupun guru di sekolah mengenai adab ketika menghadiri solat Jumaat serta lain-lain aktiviti keagamaan? Di manakah ahli jawatankuasa surau berkenaan yang tidak memantau ketenteraman sebelum bermula solat Jumaat? Apakah mereka hanya selesa berkumpul dalam saf hadapan di dalam surau bertutup dinding kaca dan berhawa dingin?

MAKMUM

Memuatkan artikel berkaitan…

Pandan Jaya, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×