SAUDARA PENGARANG, SAYA menggesa Ahli Jawatankuasa Surau Al-Falah Pandan Jaya, Ampang Jaya, Selangor supaya mengambil tindakan tegas terhadap sekumpulan kanak-kanak sekolah rendah yang kerap membuat bising ketika solat Jumaat. Sudah lama saya perhatikan perbuatan kanak-kanak seramai enam hingga sembilan orang itu yang duduk berkumpul dekat tangga pintu utama surau terbabit tanpa sebarang tindakan daripada ahli jawatankuasa surau berkenaan. Kanak-kanak itu bercakap kuat, ketawa dan bergurau senda sesama mereka bermula dari azan pertama, waktu khatib membaca khutbah sehinggalah solat Jumaat. Adakalanya saya perhatikan mereka melontar makanan serta menyembur air mineral dari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya