Kanak-kanak 20 bulan didakwa didera pengasuh - Utusan Malaysia

Kanak-kanak 20 bulan didakwa didera pengasuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Seorang kanak-kanak berusia 20 bulan disyaki menjadi mangsa dera pengasuhnya apabila ibu mangsa menemui kesan kecederaan pada badannya selepas diambil dari rumah pengasuh di sebuah pangsapuri di Mak Mandin, Butterworth di sini pada Sabtu lalu.

Kejadian berkenaan disedari wanita berusia 23 tahun itu selepas menemui kesan berbirat pada belakang badan anaknya kira-kira pukul 6 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, ibu mangsa telah meninggalkan kanak-kanak itu selama kira-kira tiga hari di rumah pengasuh berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia menghantar anaknya itu kira-kira pukul 4 petang pada Khamis lalu dalam keadaan baik dan mengambil semula kira-kira pukul 4 pagi pada Sabtu.

“Apabila sampai di rumah, dia menyedari kesan merah pada belakang badan anaknya serta mendakawa kesan itu bertukar berwarna hitam dan berbirat pada pukul 1 petang,” katanya kepada pemberita sebentar tadi.

Menurutnya, pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan berbirat pada bahagian belakang badan mangsa disyaki dipukul dengan sesuatu objek seperti penyangkut baju selain kesan lebam pada siku kiri dan luka pada paha sebelah kanan.

Noorzainy berkata, siasatan pihaknya mendapati mangsa dihantar kepada pengasuh berkenaan bersama kakanya yang berusia tiga tahun sejak pertengahan bulan ini dengan bayaran RM300 sebulan.

“Ibunya mendakwa sering meninggalkan mangsa selama beberapa hari di rumah pengasuh itu sebelum ini dengan alasan terlalu penat bekerja dan balik awal pagi,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis ketika ini sedang mengesan pengasuh berkenaan untuk menahannya bagi siasatan lanjut.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×