MANCHESTER 2 Feb. – Pep Guardiola mengakui, pasukannya tiada pilihan kecuali menumpaskan Arsenal esok jika mahu menghidupkan peluang mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris. Manchester City ketika ini ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Liverpool dan situasi itu kurang menggembirakan Guardiola menjelang aksi di Etihad. Pengendali The Citizens itu menyeru pemainnya agar segera melupakan kekalahan 1-2 kepada Newcastle, Selasa lalu untuk menghambat Reds. Perancang utama City, Kevin de Bruyne antara yang…










