Kami belum terkeluar - Kane - Utusan Malaysia

Kami belum terkeluar – Kane

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BURNLEY 25 Feb. – Walaupun tewas mengejut di tangan Burnley namun Harry Kane menegaskan Tottenham masih kekal relevan dalam perebutan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Selepas melakar empat kemenangan liga, Kane yang baharu pulih daripada kecederaan buku lalu terpaksa akur dengan kekalahan 1-2 di Turf Moor dengan gol Spurs dijaringkan oleh penyerang England itu.

Skuad kendalian Mauricio Pochettino itu menduduki tangga ketiga dan mereka ketinggalan enam mata di belakang pendahulu, Liverpool namun Kane enggan menafikan peluang yang dimiliki pasukannya.

“Itu mungkin pandangan mereka. Mereka semua fikir seperti itu sepanjang musim ini.

“Orang cakap kami tidak dapat melakukannya dan dengan memenangi perlawanan kita mampu berada di sana. Orang mungkin cakap perebutan berlaku dalam dua pasukan namun itu bukan masalah kami kerana kami perlu memikir diri sendiri.

“Memang memalukan sebab kami merencatkan perjuangan pasukan, kami tidak sepatutnya berbuat sedemikian namun malangnya ia berlaku,” kata Kane.

Spurs akan berdepan dua tugas berat apabila mereka menghadapi dua aksi derby dengan menentang Chelsea pada Rabu dan Arsenal, Sabtu ini begitu juga dengan pertemuan Borussia Dortmund dalam aksi timbal balik kalah mati Liga Juara-Juara dengan kelebihan ada pada mereka selepas mempunyai bekalan tiga gol. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN