Kalau BR1M candu, BSH apa? - Utusan Malaysia

Kalau BR1M candu, BSH apa?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 jan. – Kenyataan bekas Penge­rusi Majlis Penasihat Ke­rajaan (MPK), Tun Daim Zainuddin yang menyifatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai candu yang ba­nyak ditagih masyarakat Mela­yu mendapat kritikan daripada warganet.

Rata-rata mereka mempertikaikan kenyataan tersebut dan mempersoalkan gelaran yang seharusnya diberikan kepada Bantuan Sara Hidup (BSH) yang menggunakan kaedah BR1M namun diganti kepada nama baharu.

Salah seorang warganet yang menggunakan nama Gaya Hidup Malaya memberitahu, BR1M telah digantikan nama dengan BSH walaupun ramai masih menyebutnya sebagai BR1M.

Bantuan Sara Hidup
Infografik Bernama mengenai Bantuan Sara Hidup. 

“Kalau BR1M adalah candu BSH pula apa? BR1M telah digantikan nama dengan BSH walaupun ramai masih menyebutnya sebagai BR1M.

“Penasihat ekonomi kata itu semua candu. Jadi apa sebenarnya yang kerajaan cuba lakukan?” soalnya.

Azroy Syafiq pula mempersoalkan nama yang seharusnya diberikan kepada BSH jika BR1M diibaratkan sebagai candu.

“Sekiranya BR1M diibaratkan sebagai candu adakah BSH diibaratkan sebagai ketum. Begitu?” soalnya.

Pemilik akaun Rajaseman Rajasemat pula menyifatkan Tun Daim mengeluarkan kenya­taan tersebut kerana tidak memahami kesusahan golongan yang memerlukan,

“Tun Daim orang kaya mana nak tahu dan rasa kesusahan orang miskin. Sekurang-kurangnya dengan BR1M itulah kesusahan ini dapat dikurangkan sedikit walaupun tidak lama,” tulisnya.

Rojimah Abd. Rahman pula menyifatkan kenyataan tersebut sebagai menghina rakyat kerana sebelum ini BR1M diberikan kepada golongan yang susah.

“Mengapa kerajaan sekarang suka menghina rakyat sedang­kan rakyat yang menerima BR1M dianggap sebagai candu bagi PH.

“Ini bermaksud rakyat begitu hina kerana sentiasa mengharapkan candu daripada kerajaan sebelum ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×