PUTRAJAYA 23 Feb.- Kerajaan bersetuju agar kadar levi lanjutan bagi pekerja asing diturunkan buat sementara waktu untuk tempoh setahun berkuat kuasa 1 Mac ini. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu lalu sebagai usaha bagi meringankan beban para majikan. Katanya, kadar levi itu menyaksikan penurunan RM1,500 hingga RM4,000 bagi lima sektor iaitu pembuatan, perkhidmatan (restoran/pembersihan), pembinaan, pertanian dan perladangan. “Bagi kadar levi…










