Kadar caj tol dijamin kekal waktu puncak -Anthony - Utusan Malaysia

Kadar caj tol dijamin kekal waktu puncak -Anthony

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 24 Feb. – Rakyat tidak perlu keliru dan berasa susah hati jika kerajaan memperkenalkan sistem tol baharu di empat lebuh raya di Lembah Klang kerana ia tidak melibatkan peningkatan caj tol .

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ini kerana kerajaan akan menetapkan kadar caj tol kekal seperti biasa pada waktu puncak.

Katanya, tujuan sistem baharu itu adalah bagi menyuraikan aliran trafik agar tidak sesak pada satu-satu masa.

“Caj kesesakan itu hanya di sebelah pagi di mana ada waktu puncak. Pada waktu puncak, kadar itu pun tidak naik, kadar sedia ada.

“Cuma yang kita nak menggalakkan ialah menyurai aliran trafik. Supaya apabila ada galakan selepas waktu puncak kerana ada diskaun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sembang Santai Bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Baru Semenyih di sini hari ini.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan kerajaan telah memulakan proses rundingan dengan Gamuda Bhd. untuk mengambil alih konsesi lebuh raya di mana syarikat tersebut mempunyai pegangan majoriti.

Menurut kenyataan itu lagi, ia membabitkan empat lebuh raya iaitu Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Terowong Smart.

Dengan kejayaan pengambilalihan tersebut, kerajaan bercadang untuk menghapuskan mekanisma kutipan tol sedia ada.

Tambah Anthony, golongan yang tidak perlu ke pejabat pada waktu puncak, boleh menggunakan lebuh raya pada waktu lain.

Katanya, amat penting kepada para pengguna untuk merancang perjalanan.

“Caj kesesakan ini saya fikir, telah sedia dipraktiskan di negara-negara lain.

“Masuk saja bandar dalam satu kawasan yang sesak, ada bayarannya,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN