Kabinet setuju gubal RUU Profesion Guaman Syarie - Utusan Malaysia

Kabinet setuju gubal RUU Profesion Guaman Syarie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kabinet bersetuju untuk menggubal Rang Undang-undang (RUU) Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) iaitu RUU berhubung Profesion Guaman Syarie.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, RUU berkenaan bertujuan untuk mengawal selia profesion guaman syarie di Wilayah Persekutuan.

Jelasnya, ia akan dibawa ke Parlimen pada Mac ini dan ia merupakan kesinambungan usaha untuk menggubal RUU berkenaan yang telah dilakukan sejak 1995.

“Untuk makluman, ketika ini undang-undang yang digunakan ialah Kaedah- kaedah Peguam Syarie 1993 manakala bagi negeri-negeri pula ialah Kaedah- kaedah atau Peraturan-peraturan Peguam Syarie yang dibuat melalui Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-negeri atau Enakmen Mahkamah Syariah Negeri-negeri.

“Ekoran ketidakseragaman amalan undang-undang ini antara negeri-negeri lain, RUU Profesion Guaman Syarie Wilayah Persekutuan ini akan menjadi model bagi penyeragaman undang-undang profesion guaman Syarie di negeri-negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mujahid, usaha untuk memartabatkan institusi perundangan syariah dan profesion guaman syarie akan dapat menyelaraskan dan menyeragamkan pelbagai bentuk undang-undang yang berkuat kuasa pada masa ini tertakluk kepada peruntukan dalam Perkara 76(3) Perlembagaan Persekutuan.

Tambahnya, dengan penggubalan tersebut ia menjadi satu langkah untuk memartabatkan institusi perundangan syariah dan profesion Guaman Syarie di negara ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN