TAIPEI 24 Feb. – China Airlines telah menghukum juruterbangnya yang tidur dalam kokpit ketika penerbangan setelah rakaman video tersebar di media sosial baru-baru ini.
Menurut laporan stesen televisyen SETN, pembantu juruterbang yang merakamkan insiden tersebut pula diberi teguran berikutan ‘berkelakuan tidak betul’.
Dalam rakaman video itu, juruterbang kanan, Weng Jiaqi dengan memakai fon kepala kelihatan sedang tidur dengan kepala tunduk ke bawah dan mata ditutup.
Insiden itu berlaku selepas syarikat penerbangan mencapai persetujuan dengan kesatuan juruterbang untuk menghentikan protes selama tujuh hari berikutan keadaan pekerjaan dan manfaat hingga memaksa pembatalan lebih 200 penerbangan. – AGENSI










