Judi dalam kebun durian tumpas - Utusan Malaysia

Judi dalam kebun durian tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 25 Feb. – Penganjuran perjudian jenis See Go Lak dan Sabung Ayam yang menjadikan kebun durian di Sungai Tiram, Ulu Tiram di sini sebagai tempat menjalankan aktiviti itu ditumpaskan polis awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Senior Asisten Komisioner Md. Yusof Ahmad berkata, dalam serbuan pada 1 hingga 3 pagi itu, seramai 54 orang lelaki membabitkan 19 warga asing dan seorang wanita berjaya ditahan.

Menurutnya, serbuan yang diketuai Pegawai Turus D7 JSJ Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Deputi Superitenden Mohd. Zairi Badderul itu adalah hasil risikan dijalankan selama sebulan.

Serbuan itu, tambahnya, dijalankan D7 JSJ IPK dibantu D4 JSJ IPK Johor, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, BSJ IPD Iskandar Puteri dan BSJ IPD Kulai. 

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas antaranya wang tunai berjumlah RM42,399, sebuah meja, tiga buah kerusi kayu, 1 piring dan mangkuk, 12 biji buah dadu dan kertas pertaruhan judi jenis See Go Lak. 

“Selain itu, kita turut merampas lima piala membabitkan nilai pertaruhan di antara RM3,000 hingga RM10,000 dan 18 ekor ayam jantan serta pelbagai peralatan digunakan untuk perjudian,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambahnya, semua yang ditahan berusia antara 21 hingga 65 tahun dibawa ke IPD Iskandar Puteri.

Beliau berkata, bagi pemain akan disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953, Seksyen 4(1)a atau Seksyen 4(1)b akta yang sama (penganjur), Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (warga asing tanpa dokumen pengenalan diri yang sah) dan Seksyen 44(1)(g) Akta Binatang 1953 (kezaliman ke atas binatang). – UTUSAN ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN