Jualan kenderaan di China merosot - Utusan Malaysia

Jualan kenderaan di China merosot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI 18 Feb. – Jualan kenderaan di China menyaksikan penurunan bagi Januari selepas kejatuhan pertama mereka dalam tempoh dua tahun, meningkatkan lagi tekanan ke atas pengeluar ken­deraan di tengah-tengah peningkatan kenderaan dari Amerika Syarikat (AS) ke Eropah.

Menurut laporan Bloom­berg, Persatuan Pengeluar Kenderan China memberitahu jualan kenderaan penumpang merosot 17.7 peratus tahun ke tahun, penurunan terbesar sejak pasaran tempatan mula menunjukkan kejatuhan pertengahan tahun lalu.

Katanya, jualan kenderaan di China dijangka terus mencatatkan penurunan susulan kelembapan ekonomi dan ke­tegangan perdagangan antara negara berkenaan dengan AS.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Penganalisis Automotif yang berpangkalan di Beijing, Gu Yatao, tekanan menurun bagi sektor automotif China masih ada.

“Kerajaan kini mengguna pakai dasar-dasar untuk merangsang pasaran,” katanya di sini hari ini.

Kejatuhan berterusan da­lam jualan kenderaan menyebabkan syarikat pengeluar kini memiliki hanya beberapa buah pasaran untuk mencapai pertumbuhan jualan.

Ini kerana, pasaran-pasaran di Eropah dan Amerika Utara juga semakin mengecil apabila banyak perkhidmatan peng­angkutan dan perkhidmatan perkongsian kenderaan ditawarkan sekali gus menjadikan pemilikan kenderaan bukan pilihan utama pengguna di rantau berkenaan.

Penjualan di China terus ditindas berikutan ekonomi kedua terbesar dunia itu tumbuh dengan perlahan dan rundingan perdagangan de­ngan AS kini berlarutan.

“Jualan kenderaan bagi Janua­ri turun kepada 2.02 juta buah manakala bagi tahun penuh, ia mencatatkan penurunan seba­nyak 4.1 peratus, yang pertama sejak awal 1990-an,” katanya.

Pengeluar kenderaan di negara itu membelanjakan berbilion-bilion dolar bagi menambah kapasiti kilang dan barisan pengeluaran dalam tempoh beberapa dekad yang lalu, namun kini kebanyakan mereka tidak pasti bila pertumbuhan kembali pulih.

“Rintangan ekonomi dan geopolitik mendorong syarikat lebih berhati-hati dengan sasaran jualan tahunan mereka,” kata Yatao. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN