PULAU PINANG 28 Feb. – Dua lelaki berusia 29 dan 45 tahun ditahan bersama dua buah lori tangki minyak selepas dipercayai menjual diesel bersubsidi kepada pihak ketiga tanpa kebenaran pihak berkuasa. Kedua-dua mereka ditahan dalam serbuan oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) negeri di sebuah stor tidak berlesen di Juru, di sini awal pagi tadi. Timbalan Pengarah PPDNHEP negeri, Sapiah Mohd. Nor berkata, ketika serbuan lori tangki itu sedang memindahkan bahan api tersebut ke sebuah tangki skid (skid tank) dipercayai untuk dijual kepada pihak industri. Menurutnya, diesel bersubsidi tersebut sepatutnya dibawa ke…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya