PUTRAJAYA 3 Feb.- Orang ramai termasuk warga Putrajaya boleh mengambil peluang untuk membayar dengan potongan harga tertentu menerusi program Jom Bayar Saman bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan. Program itu yang telah pun bermula sejak 28 Januari lalu dan berlangsung hingga 28 Februari ini adalah hanya melibatkan kompaun saman lalu lintas yang dikeluarkan Perbadanan Putrajaya (PPj). Menurut kenyataan PPj, kadar bayaran dikenakan adalah sebanyak RM30 iaitu melibatkan saman kompaun manakala RM50…










