JAKARTA 25 Feb. – Satu video yang yang dihasilkan oleh dua wanita dipercayai merupakan golongan ibu mengajak masyarakat supaya tidak menyokong calon pilihan raya Presiden nombor satu iaitu Joko Widodo atau Jokowi menjadi tular dalam media sosial di negara ini.
Detik News melaporkan, video yang berdurasi 53 saat itu menunjukkan dua wanita terbabit sedang berbual dengan seorang lelaki warga emas dalam bahasa Sunda dan mereka bercakap tentang jangan memilih Jokowi sebagai Presiden Indonesia.
Antara isu yang dibualkan oleh dua wanita dengan lelaki tersebut termasuk soal larangan laungan azan dan percanggahan tentang agama. – AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











