Jet pejuang India masuk ke ruang udara Pakistan - Utusan Malaysia

Jet pejuang India masuk ke ruang udara Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD 26 Feb. – Pakistan mendakwa jet pejuang India telah masuk ke dalam ruang udaranya melepasi garisan genjatan sebelum menjatuhkan bom semalam.

Jurucakap tentera Pakistan, Mejar Jeneral Asif Ghafoor berkata, Angkatan Udara India telah melanggar garisan kawalan antara kawasan pentadbiran India dan Pakistan di Kashmir.

“Jet pejuang Angkatan Udara Pakistan digerakkan sebagai respon serangan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berdepan dengan respon ekeftif dan pantas kami, (jet pejuang India) melepaskan bom tergesa-gesa sementara cuba melarikan diri berdekatan Balakot. Tiada sebarang kecederaan atau kerosakan,” katanya dalam tweet hari ini.

Bagaimanapun, menurut laporan berita India, angkatan udara mereka telah menyerang beberapa sasaran termasuk kem dikendalikan kumpulan Jaish-e-Mohammad yang mendakwa bertanggungjawab serangan bom berani mati baru-baru ini.

“Sumber kerajaan tertinggi bahawa hampir 200 korban daripada serangan itu,” jelasnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN