Jepun godam 200 juta peranti rakyat - Utusan Malaysia

Jepun godam 200 juta peranti rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO 1 Feb. – Kerajaan Jepun akan menggodam peranti elektronik rakyat yang mempunyai sambungan internet sama ada di rumah mahu pun pejabat menerusi ‘tinjauan’ di seluruh negara yang bertujuan untuk meningkatkan keselamatan siber.

RT melaporkan, tinjauan yang pertama seumpama itu baru diluluskan kerajaan dan akan dilaksanakan Institut Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kebangsaan bermula pertengahan Februari ini.

Kira-kira 200 juta peranti akan cuba diakses dengan menggunakan ID dan kata laluan paling biasa seperti ‘abcd’, ‘1234’ atau ‘admin’.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mana-mana pemilik peranti yang berjaya digodam akan dimaklumkan bahawa mereka perlu meningkatkan langkah keselamatan masing-masing.

Institut berkenaan diberi kuasa untuk menggodam peranti orang ramai di negara ini untuk tempoh lima tahun selepas undang-undang yang disemak semula itu berkuat kuasa November tahun lalu.

Hanya penyedia perkhidmatan internet yang memerlukan persetujuan ketika gajet individu seperti telefon pintar tidak akan disasarkan namun router awam di kafe dan pusat membeli-belah yang menyediakan internet percuma akan diperiksa.

“Kita terlalu kerap melihat kamera web yang telah digodam kerana tetapan keselamatannya terlalu mudah dan gambar mereka dilihat oleh orang luar.

“Adakala mereka diletakkan di laman web awam tanpa disedari pemiliknya. Kita akan tinjau kira-kira 200 juta pengguna dan melihat berapa ramai yang terdedah kepada risiko,” kata jurucakap Institut Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kebangsaan, Tsutomu Yoshida.

Seorang profesor keselamatan di institut itu mengakui bahawa, penyelidik mungkin secara tidak sengaja mendapat akses kepada data dan gambar yang disimpan dan jika terdedah akan melanggar hak pemilik peranti.

Bagaimanapun Kementerian Komunikasi meminta orang ramai memahami dan menyokong tinjauan tersebut untuk meningkatkan keselamatan siber menjelang Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo pada 2020. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini