TOKYO 27 Feb. – Sekumpulan penyelidik memberi amaran Jepun bakal dilanda gempa bumi kuat yang mengakibatkan kerosakan serta tsunami dalam tempoh tiga dekad akan datang. Lapor Mail Online memetik sekumpulan panel penganalisis kerajaan sebagai berkata risiko gempa bumi berskala antara 7 hingga 7.5 Richter yang melanda Jurang Jepun, luar pesisir pantai timur negara ini, adalah sebanyak 90 peratus. Sewaktu membentangkan laporan berkenaan, pengerusi panel tersebut, Naoshi Hirata memberi amaran: “Kami…










