SABAK BERNAM – Jenazah bapa kepada usahawan produk kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzaman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 23,Sungai Nibong, di sini, pagi tadi. Jenazah Kamaruzaman Kamaludin, 59, dikebumikan pukul 10.30 pagi selepas disolatkan setengah jam sebelum itu di Masjid Makmuniah, Simpang Lima di sini. Seramai 300 waris terdekat, sanak-saudara, kenalan hadir pada pengebumian jenazah itu. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5 petang semalam…










