AMMAN 2 Feb. – Seorang jemaah umrah dari Jordan terkorban manakala enam lagi cedera selepas bas yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh kawanan unta berdekatan oasis di gurun Tayma, barat laut Arab Saudi. “Kementerian Luar sedang mendapatkan maklumat terkini menerusi Konsulat Jordan di Jeddah berhubung insiden terbabit,” kata pengarah operasi di kementerian terbabit. Pusat operasi Kementerian Luar sedang bekerjasama dengan Konsulat di Jeddah untuk menyediakan bantuan perubatan yang diperlukan untuk…










