JOHOR BAHRU 2 Feb. – Johor Darul Takzim (JDT) memulakan kempen dalam Liga Super musim ini dengan langkah kanan setelah menundukkan Perak 1-0 dalam perlawanan Piala Sumbangsih, di sini malam ini. Rekod cemerlang JDT kembali digilap di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin dengan menyaksikan Gonzalo Gabriel Cabrera Giordano menjaringkan gol pada minit ke-40. Separuh masa kedua bermula rancak dengan Perak cuba untuk mengimbangi pasukan tuan rumah, namun hampa…










