JUARA Liga Super lima kali, Johor Darul Takzim (JDT) bakal menagih sentuhan pertama pemain kontroversi, Muhammad Akhyar Abdul Rashid untuk beraksi mempertahankan Piala Sumbangsih pada perlawanan menentang Perak malam ini. Kelibat penyerang bintang Harimau Malaya itu sudah pastinya menjadi tumpuan apabila skuad Harimau Selatan melayan kunjungan juara Piala Malaysia, Perak di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru malam ini. Keua Jurulatih JDT, Luciano Figueroa berkata, pasukan Harimau…










