JOHOR BAHRU 1 Feb. – Juara Liga Super lima kali, Johor Darul Takzim (JDT) menagih sentuhan pertama pemain kontroversi, Akhyar Rashid untuk beraksi mempertahankan Piala Sumbangsih pada perlawanan menentang Perak malam esok. Melayan kunjungan juara Piala Malaysia, Perak dalam pertembungan di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin di sini kelibat Akhyar sudah pastinya menjadi tumpuan. Pengurus pasukan JDT, Luciano Figueroa berkata, pasukan Harimau Selatan akan membariskan kesebelasan pemain terbaik…










