JCorp buka Kulim Agrotech Centre - Utusan Malaysia

JCorp buka Kulim Agrotech Centre

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI 3 Feb. – Johor Corporation (JCorp) melancarkan pembukaan kompleks penyelidikan dan pembangunan (R&D) Kulim Agrotech Centre melibatkan kos pembangunan keseluruhan berjumlah RM20 juta.

Pembukaan kompleks anak syarikat JCorp, Kulim (Malaysia) Bhd. (Kulim) di atas tanah seluas 2.87 hektar dan beroperasi sepenuhnya pada suku ketiga 2018 itu disempurnakan oleh Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim.

Kamaruzzaman berkata, kompleks itu akan menempatkan lima bahagian operasi iaitu biak baka tanaman, kultur tisu, makmal kimia, genomik dan mikrobiologi serta pentadbiran agronomi dan khidmat nasihat.

“Dengan adanya kompleks ini secara tidak langsung akan membantu Kulim mengembangkan bidang penyelidikannya,” katanya berucap dalam pelancaran kompleks Kulim Agrotech Centre di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, pembukaan kompleks itu adalah aspirasi kerajaan Johor untuk membudayakan sains dan teknologi serta mencipta nilai baharu dalam R&D. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×