Jatuhkan pemimpin ‘palsu’ - Utusan Malaysia

Jatuhkan pemimpin ‘palsu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Rakyat wajib bangkit menentang dan menjatuhkan pemimpin yang mempunyai kelayakan akademik palsu kerana dilihat memimpin negara dengan penuh kepalsuan.

AHMAD MURAD MERICAN
AHMAD MURAD MERICAN 

Perkara itu ditegaskan oleh Profesor Penyelidikan Dasar dan Pengajian Antarabangsa Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Dr. Ahmad Murad Merican yang menyifatkan tiada tolak ansur berhubung dakwaan berkenaan kerana hal itu melibatkan etika politik.

Sambil memper­soal­­kan mengapa terdapat segelintir golo­ngan berpendidikan, tanpa mengira kelayakan ma­sih me­nerima pemimpin yang ‘pal­su’, Ahmad Murad menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewujudkan kod amalan parti dan ahli parti politik.

“Mengapa perlu kita bertoleransi terhadap pemimpin palsu yang memalsukan imej mereka? Me­ngapa perlu kita terima mereka sebagai timbalan menteri, menteri besar atau menteri Kabinet?” katanya dalam laman Facebook beliau hari ini.

Isu pemalsuan kelayakan akademik tercetus apabila Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya dikatakan memiliki ijazah daripada Universiti Cambridge, United Kingdom, kemudian memaklumkan hanya mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan daripada Cambridge International University (CIU), Amerika Syarikat yang diragui banyak pihak.

Selepas cerita ‘sijil palsu’ Marzuki, orang ramai mula meragui kelayakan Menteri Besar Johor,

TEO KOK SEONG
TEO KOK SEONG 

Datuk Osman Sapian yang mendakwa mempunyai ijazah dan diploma Perakaunan dari Universiti Pertanian Malaysia yang kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia.

Tokoh akademik, Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong pula berkata, cubaan mengelirukan pencapaian akademik demi mengejar cita-cita tertentu perlu ditangani dengan tegas oleh kerajaan supaya tidak menjadi ikutan.

Katanya, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengetuai pentadbiran sebaik-baiknya mengeluarkan kenyataan bagi menegur secara umum khususnya terhadap pemimpin yang didakwa memalsukan kelayakan akademik.

“Kalau tidak mahu berundur pun, maruah dan reputasi sudah tercalar. Tindakan tegas perlu diambil supaya menjadi pengajaran kepada orang lain,” kata­nya kepada Mingguan Malaysia di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×