BEAUFORT 26 Jan. – Kerajaan Negeri Sabah amat menyambut baik peranan aggresif yang dilakukan oleh Yayasan Pembangunan Eknomi Islam Malaysia (YaPEIM) dalam melatih dan mendidik warga tempatan dengan ilmu agama yang memberikan manfaat besar. Menteri Undang-undang & Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Datuk Aidi Moktar berkata, usaha dan kesungguhan yang dilakukan YaPEIM menganjur program Kursus Latihan Tenaga Pengajar(ToT) Program Celik Quran Masyarakat (CQ-MAS) 2019 di seluruh Sabah amatlah dihargai serta…










