KUALA LUMPUR – Pelakon Lana Nodin berdepan detik cemas apabila jantung anak keduanya, William Daud McKienzie yang berusia dua bulan terhenti selama 10 minit semalam. Menurut Lana, jantung William terhenti selepas dimasukkan ubat bius sebagai persiapan untuk menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN), di sini. “Jantung Billy (panggilan untuk William) terhenti selama 10 minit selepas dimasukkan ubat bius. “Tempoh 10 minit agak lama. Doktor melakukan bantuan pernafasan resutasi kardiopulmonari…