PUTRAJAYA – Orang ramai dinasihat tidak tertipu atau terpedaya dengan tindakan pihak tertentu yang menyamar sebagai pegawai kanan Kementerian Pendidikan (KPM) dengan menawarkan projek khas. KPM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya tidak bertanggungjawab atas perbuatan pihak terbabit yang menyamar sebagai pegawai kanan kementerian itu. “Justeru, orang ramai yang menerima surat tawaran atau panggilan telefon daripada pihak terbabit dinasihatkan supaya membuat laporan polis. “Pada masa ini, urusan tender di KPM dilaksanakan…










