JOHOR BAHRU 4 Feb. – Majlis Suara Melayu Johor (Suara) berharap Malaysia baharu pada hari ini akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang menghina Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja Melayu dalam media sosial. Pengerusi Suara, A. Rahman Mahadi berkata, kerajaan Pakatan Harapan (HP) tidak seharusnya mengamalkan double standard atau melakukan tindakan dan pendakwaan yang terpilih. “Perbuatan ini tidak boleh dimaafkan malah sudah keterlaluan. Negara kita dah beralih ke fasa baharu…










