KANGAR 4 Feb. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan kepada ibu bapa supaya jangan terlalu sibuk sehingga mengabaikan kasih sayang dan pendidikan kepada anak-anak serta jagaan masing-masing khususnya dalam aspek pendidikan agama. Titah baginda, institusi keluarga yang longgar dan goyah akan mudah menyebabkan anak-anak berasa dirinya tidak dihargai serta bertindak agresif, malah berbangga dengan perilaku tidak bermoral semata-mata untuk menarik perhatian ibu bapa. “Sekiranya tidak dibendung…










