WATAK-WATAK seperti Iron Man, Thor, Black Panther, Captain America dan Hulk sememangnya digilai ramai. Inspirasi watak hero ini menjadi trend fesyen yang semakin popular.
Watak-watak mereka ‘dijelmakan’ hidup menerusi cerita-cerita animasi dan live-action melalui buku-buku komik, wayang gambar dan siri televisyen yang memikat peminat.
Justeru, bagi para penggemar watak Captain Marvel, ini mungkin berita yang menggembirakan mereka. Para peminat watak super hero ini boleh memenangi jaket eksklusif melalui kolaborasi pasaran minyak hiliran, Petron dan pereka fesyen, Alia Bastamam. Alia akan mereka 40 jaket secara eksklusif yang diinspirasikan oleh filem super hero popular tersebut. Pelanggan Petron berpeluang membawa pulang dua jaket uniseks ini dengan menyertai Peraduan Captain Marvel Petron. Jaket yang bergaya tersebut akan direka khas untuk pemenang.
“Saya gembira menjadi sebahagian daripada Captain Marvel. Ini adalah projek pertama saya dan saya yakin label Alia boleh membantu mempromosikan filem ini.
“Saya gabungkan tulisan Captain Marvel dan lambang tentera udara. Sulaman ini kemas dan menonjol dengan pilihan warna biru, hitam, oren dan keemasan. Kita dapat lihat si pemakai seolah-olah memakai pingat pencapaian seperti hero atau tentera,” kata Alia, baru-baru ini.
Ditanya tentang pemilihan fabrik, Alia menggunakan fabrik yang selesa iaitu denim dan boleh digayakan oleh lelaki dan wanita. Dalam pada itu, pilihan warna jaket adalah biru dan hitam kerana kedua-dua warna tersebut kelihatan lebih bergaya.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan jaket ekslusif ini perlu menjadi ahli Petron Miles yang secara automatik layak mendapat cabutan apabila membelanjakan minimum RM50 mulai 21 Februari hingga 6 April 2019 di 630 stesen minyak Petron di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.petron.com.my.










