KUBANG PASU 3 Feb. – Nada Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar yang sebelum ini begitu lantang membantah pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dianggap memeras wang rakyat, tiba-tiba berubah dan enggan mengulas isu berkenaan. Beliau sebaliknya memberi alasan bahawa isu AES adalah berada di bawah Kementerian Pengangkutan dan sehubungan itu tidak boleh mencampurinya. “Pertama, kena rujuk dengan Kementerian Pengangkutan, itu bidang kuasa mereka dan saya sebagai Timbalan Menteri…










