KOTA BHARU 15 Feb. – Pas menganggap isu dana asing yang diterima parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP adalah lebih besar daripada isu Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan dana RM90 juta. Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dakwaan seorang bekas pimpinan DAP sebelum ini mengenai DAP menerima wang RM300 juta daripada Israel adalah sangat serius dan berbahaya kepada negara kerana melibatkan campur…










